Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Al-Dajjal diikuti oleh 70 ribu daripada umatku

Teks Bahasa Arab

يتبعُ الدَّجَّالَ من أُمتي سبعونَ ألفاً عليهم السِّيجانُ.

Teks Bahasa Melayu

Al-Dajjal diikuti oleh 70 ribu daripada umatku, mereka memakai al-sayyijan (sejenis rida’ berwarna hijau yang dipakai di kepala).

Sahabat Perawi

  1. Abi Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1385 - 1386, hadis no. 7040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بلفظ: (أمتي)) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يتبع الدجال من أمتي سبعون ألفا عليهم السيجان. [عب، البغوي، ((الضعيفة)) (6088)]

(Sangat lemah dengan lafaz: (Umatku)) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Al-Dajjal diikuti oleh 70 ribu daripada umatku, mereka memakai al-sayyijan (sejenis rida’ berwarna hijau yang dipakai di kepala). [Riwayat 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6088]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.