Al-Bayt (baitullah) merupakan kiblat bagi ahli Masjid Al-Haram

TEKS BAHASA ARAB

البيت قبلة لأهل المسجد، والمسجد قبلة لأهل الحرم، والحرم قبلة لأهل الأرض في مشارقها ومغاربها من أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Bayt (baitullah) merupakan kiblat bagi ahli Masjid Al-Haram. Masjid Al-Haram pula merupakan kiblat bagi penghuni yang menetap di tanah haram. Manakala tanah haram adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi yang duduk di timur dan juga barat dari kalangan umatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis nombor 1511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعا: «البيتُ قبلة لأهل المسجد، والمسجد قبلة لأهل الحرم، والحرم قبلة لأهل الأرض في مشارقها ومغاربها من أمتي».
[ابن الأعراب الجرجاني، «الضعيفة» (4351)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Bayt (baitullah) merupakan kiblat bagi ahli Masjid Al-Haram. Masjid Al-Haram pula merupakan kiblat bagi penghuni yang menetap di tanah haram. Manakala tanah haram adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi yang duduk di timur dan juga barat dari kalangan umatku.
[Riwayat Ibn al-A’rabi, al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4351]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs