Daif

30/06/2024

minit bacaan



Al-Bayt (baitullah) merupakan kiblat bagi ahli Masjid Al-Haram

Teks Bahasa Arab

البيتُ قِبلةٌ لِأَهلِ المسجدِ، والمسجدُ قِبلةٌ لِأهلِ الحَرَمِ، والحَرَمُ قِبلةٌ لِأهلِ الأرضِ في مشارقِها ومغاربِها مِنْ أُمَّتي.

Teks Bahasa Melayu

Al-Bayt (baitullah) merupakan kiblat bagi ahli Masjid Al-Haram. Masjid Al-Haram pula merupakan kiblat bagi penghuni yang menetap di tanah haram. Manakala tanah haram adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi yang duduk di timur dan juga barat dari kalangan umatku.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis no. 1511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها - مرفوعا: «البيتُ قبلة لأهل المسجد، والمسجد قبلة لأهل الحرم، والحرم قبلة لأهل الأرض في مشارقها ومغاربها من أمتي». [ابن الأعراب الجرجاني، «الضعيفة» (4351)]

(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Bayt (baitullah) merupakan kiblat bagi ahli Masjid Al-Haram. Masjid Al-Haram pula merupakan kiblat bagi penghuni yang menetap di tanah haram. Manakala tanah haram adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi yang duduk di timur dan juga barat dari kalangan umatku. [Riwayat Ibn al-A’rabi, al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4351]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.