Al-Bara’ bin Malik merupakan seorang yang memiliki suara yang merdu

TEKS BAHASA ARAB

كان البراء بن مالك رجلا حسن الصوت. فكان يرجز لرسول الله في بعض أسفاره، فبينما هو يرجز إذ قارب النساء فقال له رسول الله: إياك والقوارير. قال: فأمسك. قال محمد (أحد الرواة): كره رسول الله أن تسمع النساء صوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Bara’ bin Malik merupakan seorang yang memiliki suara yang merdu. Pada suatu hari, beliau pernah mendendangkan nyanyian pujian buat Rasulullah SAW ketika salah satu ekspedisi bersama Baginda, ketika beliau sedang asyik menyanyi sambil menghampiri wanita, maka Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Berhati-hatilah dengan bekas kaca (iaitu para wanita). al-Bara’ berkata: Lantas saya berhenti menyanyi. Muhammad (salah seorang perawi) berkata: Rasulullah SAW tidak berkenan jika para wanita mendengar suara beliau.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1026, hadis nombor 5267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: كان البراء بن مالك رجلا حسن الصوت فكان يرجز لرسول الله في بعض أسفاره فبينما هو يرجز إذ قارب النساء فقال له رسول الله: إياك والقوارير. قال: فأمسك. قال محمد (أحد الرواة): كره رسول الله أن تسمع النساء صوته. [ك، الضعيفة (٦٠٥٩)]

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Al-Bara’ bin Malik merupakan seorang yang memiliki suara yang merdu. Pada suatu hari, beliau pernah mendendangkan nyanyian pujian buat Rasulullah SAW ketika salah satu ekspedisi bersama Baginda, ketika beliau sedang asyik menyanyi sambil menghampiri wanita, maka Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Berhati-hatilah dengan bekas kaca (iaitu para wanita). al-Bara’ berkata: Lantas saya berhenti menyanyi. Muhammad (salah seorang perawi) berkata: Rasulullah SAW tidak berkenan jika para wanita mendengar suara beliau. [Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6059]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs