Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان البراء بن مالك رجلا حسن الصوت. فكان يرجز لرسول الله في بعض أسفاره، فبينما هو يرجز إذ قارب النساء فقال له رسول الله: إياك والقوارير. قال: فأمسك. قال محمد (أحد الرواة): كره رسول الله أن تسمع النساء صوته.
Teks Bahasa Melayu
Al-Bara’ bin Malik merupakan seorang yang memiliki suara yang merdu. Pada suatu hari, beliau pernah mendendangkan nyanyian pujian buat Rasulullah SAW ketika salah satu ekspedisi bersama Baginda, ketika beliau sedang asyik menyanyi sambil menghampiri wanita, maka Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Berhati-hatilah dengan bekas kaca (iaitu para wanita). al-Bara’ berkata: Lantas saya berhenti menyanyi. Muhammad (salah seorang perawi) berkata: Rasulullah SAW tidak berkenan jika para wanita mendengar suara beliau.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1026, hadis no. 5267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: كان البراء بن مالك رجلا حسن الصوت فكان يرجز لرسول الله في بعض أسفاره فبينما هو يرجز إذ قارب النساء فقال له رسول الله: إياك والقوارير. قال: فأمسك. قال محمد (أحد الرواة): كره رسول الله أن تسمع النساء صوته. [ك، الضعيفة (٦٠٥٩)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Al-Bara’ bin Malik merupakan seorang yang memiliki suara yang merdu. Pada suatu hari, beliau pernah mendendangkan nyanyian pujian buat Rasulullah SAW ketika salah satu ekspedisi bersama Baginda, ketika beliau sedang asyik menyanyi sambil menghampiri wanita, maka Rasulullah SAW bersabda kepada beliau: Berhati-hatilah dengan bekas kaca (iaitu para wanita). al-Bara’ berkata: Lantas saya berhenti menyanyi. Muhammad (salah seorang perawi) berkata: Rasulullah SAW tidak berkenan jika para wanita mendengar suara beliau. [Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6059]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman