Al-Asy'ariyyun di mata manusia seperti kantung yang isinya minyak wangi

TEKS BAHASA ARAB

الأشعريون في الناس كصرة فيها مسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Asy’ariyyun di mata manusia seperti kantung yang isinya minyak wangi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis nombor 9178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزهري وعكرمة بن خالد وعاصم بن عمر بن قتادة، قالوا: وقدم الأشعريون على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهم خمسون رجلا، فيهم أبو موسى الأشعري وإخوة لهم، ومعهم رجلان من عك، وقدموا في سفن في البحر، وخرجوا بجدة، فلما دنوا من المدينة جعلوا يقولون: غدا نلقى الأحبه *** محمدا وحزبه
ثم قدموا، فوجدوا رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفره بخيبر. ثم لقوا رسول الله صلى الله عليه وسلم فبايعوا وأسلموا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الأشعريون في الناس كصرة فيها مسك)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3397)]

(Lemah) Daripada al-Zuhrī, ‘Ikrimah bin Khālid dan ‘Āṣim bin ‘Umar bin Qatādah, mereka berkata: Segerombolan Bani Asy’ariyyun telah menuju kepada Rasulullah SAW, yang mana jumlahnya 50 orang, dalam kalangan mereka ada Abū Mūsā al-Asy‘ārī dan kerabat-kerabat mereka, bersama mereka ada dua orang pemuda dari Kabilah ‘Ak; mereka menuju menaiki kapal di laut, akan tiba di Jeddah terlebih dahulu, apabila mereka mendekati Madinah, mereka bersyair:
Esok kita akan berjumpa dengan orang yang paling dicintai: Muhammad dan pasukannya.
Mereka terus menuju ke Madinah dan mendapati bahawa Rasulullah SAW dalam perjalanannya ke Khaibar. Mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW dan membuat baiah dengan baginda dan memeluk Islam. Lalu baginda SAW bersabda: Al-Asy’ariyyun di mata manusia seperti kantung yang isinya minyak wangi. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3397]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs