al-Aslamī telah datang kepada Nabi Allah SAW, lalu dia telah bersaksi ke atas dirinya bahawa dia telah melakukan perkara haram

TEKS BAHASA ARAB

جاء الأسلمي نبي الله صلى الله عليه وسلم فشهد على نفسه أنه أصاب امرأة حراما أربع مرات كل ذلك يعرض عنه، فأقبل في الخامسة فقال: أنكتها؟ قال: نعم، قال: حتى غاب ذلك منك في ذلك منها؟ قال: نعم، قال: كما يغيب المرود في المكحلة والرشاء في البئر؟ قال: نعم، قال: فهل تدري ما الزنا؟ قال: نعم؛ أتيت منها حراما ما يأتي الرجل من امرأته حلالا، قال: فما تريد بهذا القول؟ قال: أريد أن تطهرني، فأمر به فرجم، فسمع النبي صلى الله عليه وسلم رجلين من أصحابه يقول أحدهما لصاحبه: انظر إلى هذا الذي ستر الله عليه، فلم تدعه نفسه حتى رجم رجم الكلب، فسكت عنهما، ثم سار ساعة حتى مر بجيفة حمار شائل برجله فقال: أين فلان وفلان؟ فقالا: نحن ذان يا رسول الله! قال انزلا فكلا من جيفة هذا الحمار فما نلتما من عرض أخيكما آنفا أشد من أكل منه، والذي نفسي بيده! إنه الآن لفي أنهار الجنة ينغمس فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

al-Aslamī telah datang kepada Nabi Allah SAW, lalu dia telah bersaksi ke atas dirinya bahawa dia telah melakukan perkara haram dengan seorang perempuan sebanyak empat kali. Kesemuanya itu Baginda SAW berpaling daripadanya. Kemudian Baginda SAW telah berpaling ke arahnya pada kali yang kelima, lalu Baginda SAW telah bertanya: ‘’Apakah kamu bersetubuh dengannya?’’ Lelaki itu menjawab: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ‘’Sehingga hilang kemaluan kamu dalam kemaluannya?’’. Lelaki ituberkata: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ‘’Sebagaimana hilangnya batang celak ke dalam bekasnya dan timba di dalam perigi?’’ Lelaki itu telah menjawab: “Ya.” Baginda SAW bertanya: ‘’Adakah kamu tahu apa itu zina?’’ Lelaki itu telah menjawab: ‘’Ya. Aku telah mendatangi wanita itu secara haram seperti mana seorang suami mendatangi isterinya secara halal.’’ Baginda SAW telah bertanya: ‘’Apa yang kamu mahukan dengan ucapan ini?’’ Lelaki itu telah menjawab: ‘’Aku mahukan agar engkau mensucikan aku.’’ Lalu Baginda SAW pun mengarahkan dengannya agar direjam. Kemudian Nabi SAW telah mendengar dua orang lelaki daripada kalangan sahabat Baginda SAW yang berkata kepada saudaranya: ‘’Lihatlah kepada orang ini, Allah SWT telah menutup aibnya, namun dia tidak membiarkan dirinya sehingga dia direjam seperti anjing.’’ Maka Baginda SAW diam tentang kedua mereka. Kemudian Baginda SAW meneruskan perjalanan dalam suatu tempoh sehinggalah Baginda SAW melalui bangkai seekor keldai yang berada di bahagian kaki Baginda SAW. Lalu Baginda SAW telah bertanya: ‘’Di manakah si Polan dan Polan?” Lalu kedua-duanya telah membalas: ‘’Kami di sini wahai Rasulullah.’’ Baginda SAW telah bersabda: ‘’Turunlah kamu berdua dan makanlah bangkai keldai ini. Apa yang telah kamu perolehi daripada maruah saudara kamu berdua sebentar tadi adalah jauh lebih berat daripada memakan bangkai keldai ini. Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya dia pada saat ini sedang berada dalam sungai-sungai syurga yang mana dia berenang-renang di dalamnya”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 40, hadis nombor 159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: جاء الأسلمي نبي الله صلى الله عليه وسلم فشهد على نفسه أنه أصاب امرأة حراما أربع مرات كل ذلك يعرض عنه، فأقبل في الخامسة فقال: أنكتها ؟ قال: نعم، قال: حتى غاب ذلك منك في ذلك منها؟ قال: نعم، قال: كما يغيب المرود في المكحلة والرشاء في البئر؟ قال: نعم، قال: فهل تدري ما الزنا؟ قال: نعم؛ أتيت منها حراما ما يأتي الرجل من امرأته حلالا، قال: فما تريد بهذا القول؟ قال: أريد أن تطهرني، فأمر به فرجم، فسمع النبي صلى الله عليه وسلم رجلين من أصحابه يقول أحدهما لصاحبه: انظر إلى هذا الذي ستر الله عليه، فلم تدعه نفسه حتى رجم رجم الكلب، فسكت عنهما، ثم سار ساعة حتى مر بجيفة حمار شائل برجله فقال: أين فلان وفلان؟ فقالا: نحن ذان يا رسول الله! قال: ((انزلا فكلا من جيفة هذا الحمار فما نلتما من عرض أخيكما آنفا أشد من أكل منه، والذي نفسي بيده! إنه الآن لفي أنهار الجنة ينغمس فيها)).
[د، هق، ((الضعيفة)) (2957، 6318)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA , beliau berkata: al-Aslamī telah datang kepada Nabi Allah SAW, lalu dia telah bersaksi ke atas dirinya bahawa dia telah melakukan perkara haram dengan seorang perempuan sebanyak empat kali. Kesemuanya itu Baginda SAW berpaling daripadanya. Kemudian Baginda SAW telah berpaling ke arahnya pada kali yang kelima, lalu Baginda SAW telah bertanya: ‘’Apakah kamu bersetubuh dengannya?’’ Lelaki itu menjawab: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ‘’Sehingga hilang kemaluan kamu dalam kemaluannya?’’. Lelaki itu berkata: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ‘’Sebagaimana hilangnya batang celak ke dalam bekasnya dan timba di dalam perigi?’’ Lelaki itu telah menjawab: “Ya.” Baginda SAW bertanya: ‘’Adakah kamu tahu apa itu zina?’’ Lelaki itu telah menjawab: ‘’Ya. Aku telah mendatangi wanita itu secara haram seperti mana seorang suami mendatangi isterinya secara halal.’’ Baginda SAW telah bertanya: ‘’Apa yang kamu mahukan dengan ucapan ini?’’ Lelaki itu telah menjawab: ‘’Aku mahukan agar engkau mensucikan aku.’’ Lalu Baginda SAW pun mengarahkan dengannya agar direjam. Kemudian Nabi SAW telah mendengar dua orang lelaki daripada kalangan sahabat Baginda SAW yang berkata kepada saudaranya: ‘’Lihatlah kepada orang ini, Allah SWT telah menutup aibnya, namun dia tidak membiarkan dirinya sehingga dia direjam seperti anjing.’’ Maka Baginda SAW diam tentang kedua mereka. Kemudian Baginda SAW meneruskan perjalanan dalam suatu tempoh sehinggalah Baginda SAW melalui bangkai seekor keldai yang berada di bahagian kaki Baginda SAW. Lalu Baginda SAW telah bertanya: ‘’Di manakah si Polan dan Polan?” Lalu kedua-duanya telah membalas: ‘’Kami di sini wahai Rasulullah.’’ Baginda SAW telah bersabda: ‘’Turunlah kamu berdua dan makanlah bangkai keldai ini. Apa yang telah kamu perolehi daripada maruah saudara kamu berdua sebentar tadi adalah jauh lebih berat daripada memakan bangkai keldai ini. Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya dia pada saat ini sedang berada dalam sungai-sungai syurga yang mana dia berenang-renang di dalamnya”.
[Riwayat Abū Dāwud dalam Sunannya, al-Baihaqī dalam Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2957, 6318]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs