Al-Abbas tauladan yang baik dalam menguruskan Siqayah

TEKS BAHASA ARAB

لولا أن جبريل نزل بالحجابة لبني طلحة؛ لجعلتها لك، وإن لك في السقاية أسوة حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah tidak kerana Jibril turun dan menetapkan bahawa hak Hijabah (menjaga Ka’abah dan urusan pelawat pada musim haji) adalah untuk Bani Talhah, nescaya aku akan menjadikannya hakmu, kerana di dalam urusan Siqayah (menyediakan air untuk pengunjung Ka’bah), engkau merupakan contoh tauladan yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1537, hadis nombor 7805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم للعباس -رضي الله عنه-: ((لولا أن جبريل نزل بالحجابة لبني طلحة؛ لجعلتها لك، وإن لك في السقاية أسوة حسنة)).
[الدارقطني في ((العلل )) ((الضعيفة))(5851)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA berkata: Nabi SAW telah bersabda kepada al-Abbas RA: “Kalaulah tidak kerana Jibril turun dan menetapkan bahawa hak Hijabah (menjaga Ka’abah dan urusan pelawat pada musim haji) adalah untuk Bani Talhah, nescaya aku akan menjadikannya hakmu, kerana di dalam urusan Siqayah (menyediakan air untuk pengunjung Ka’bah), engkau merupakan contoh tauladan yang baik."
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5851]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs