Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العباسُ مِنِّي، وأنَا منه، ولا تَسُبُّوا أمواتَنا، فَتُؤْذُوا أحياءَنا.
Teks Bahasa Melayu
Al-Abbas itu daripada aku dan aku daripadanya. Janganlah mencela orang yang mati dari kerabat kami kerana ia akan menyakiti orang yang hidup dari kalangan kami.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1812, hadis no. 9135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Sesungguhnya seorang lelaki memaki kerabat al-Abbas semasa Jahiliyah kemudian al-Abbas menamparnya. Datanglah kerabat lelaki itu lalu berkata; kami akan menampar Abbas seperti mana dia menampar lelaki ini, kemudian Nabi SAW bersabda: Al-Abbas itu daripada aku dan aku daripadanya. Janganlah mencela orang yang mati dari kerabat kami kerana ia akan menyakiti orang yang hidup dari kalangan kami. [Riwayat Ibn Sa’d, al-Nasaie dalam Sunannya, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2315]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman