TEKS BAHASA ARAB
العباس وصيي ووارثي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-‘Abbas ialah wasiatku dan pewarisku.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 56, hadis nombor 307. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia sebahagian hadith rekaan orang-orang yang mengampu Bani al-‘Abbas sedangkan ia tidak ada apa-apa kaitan terhadap rekaan ini. Saya tidak tahu sebab beliau (al-Suyuti) menyebutkannya dan suatu yang meragukan terhadapnya adalah ia bercanggah dengan realiti.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.