Al-Abbas bin Abd Al-Muttalib adalah ayahku, bapa saudaraku, pelaksana wasiatku dan pewarisku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: العباس بن عبد المطلب أبي وعمي ووصيي ووارثي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Al-Abbas bin Abd al-Muttalib adalah ayahku, bapa saudaraku, pelaksana wasiatku dan pewarisku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 402, hadis nombor 142. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان، عن ابن عباس، وفي إسناده: جعفر بن عبد الواحد، وهو وضاع.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ibn Abbas. Pada sanadnya terdapat: Jaafar bin Abd al-Wahid, seorang pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs