Akulah yang pertama, Abu Bakar orang yang menyambung selepasa aku dan Umar yang ketiga

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنا الأول، وأبو بكر المصلى، وعمر الثالث، والناس بعدنا على السبق: الأول، فالأول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Akulah yang pertama, Abu Bakar orang yang menyambung selepas aku dan Umar yang ketiga. Manusia selepas kita adalah mengikut turutan, yang awal kemudian yang selepasnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 339-340, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا، وهو موضوع، وضعه أصرم ابن حوشب. قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني وأبو نعيم، من طريقه. قلت: فلا فائدة إذا في هذا الاستدراك على ابن الجوزي. ذكر عثمان بن عفان رضي الله عنه.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Ia direka oleh Asram bin Hausyab. Dia berkata dalam al-Laali’: Ia diriwayatkan oleh al-Tabarani dan Abu Nuaim dari jalannya. Aku berkata: Tiada faedah dalam Istidrak (penyusulan) terhadap Ibn al-Jauzi ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs