Akulah pemberi amaran itu, Ali pula ialah pemimpin itu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنا المنذر، وعلي الهادي، بك يا علي! يهتدي المهتدون [بعدي].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akulah pemberi amaran itu, Ali pula ialah pemimpin itu, dan denganmulah wahai Ali, orang-orang yang mendapat petunjuk akan mendapat petunjuk (setelah kewafatanku).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 484, hadis nombor 2605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: لما نزلت ﴿إنما أنت منذر ولكل قوم هاد﴾؛ قال النبي ﷺ: ((أنا المنذر، وعلي الهادي، بك يا علي! يهتدي المهتدون [بعدي])). [ابن جرير، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4899)].

(Palsu)
Dari Ibn ‘Abbas RA katanya: Ketika turunnya firman Allah: {Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar}. [Surah al-Ra’d: 7]; Nabi SAW bersabda: Akulah pemberi amaran itu, Ali pula ialah pemimpin itu, dan denganmulah wahai Ali, orang-orang yang mendapat petunjuk akan mendapat petunjuk (setelah kewafatanku).
[Riwayat Tafsir Ibn Jarir, al-Dailamy dalam al-Firdaus, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4899].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.