Akulah Allah tiada Tuhan melainkan Aku, kata-Ku sesiapa yang berkatanya, Aku masukkan ia ke dalam syurga-Ku

TEKS BAHASA ARAB

أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, kata-kata-Ku sesiapa yang berkatanya, Aku masukkan ia ke dalam syurga-Ku, dan sesiapa yang memasuki syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran itu pula adalah kata-kata-Ku, dan daripada-Ku ia keluar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1569, hadis nombor 7945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم عن جبريل أن الله تعالى قال: أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج. [خط، ((الضعيفة)) (6221)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, daripada Jibril bahawa Allah SWT berkata: Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, kata-kata-Ku sesiapa yang berkatanya, Aku masukkan ia ke dalam syurga-Ku, dan sesiapa yang memasuki syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran itu pula adalah kata-kata-Ku, dan daripada-Ku ia keluar. [Riwayat al-Khatib dalam Kitab al-Tarikh Baghdad, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6221].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs