Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا اللَّهُ لا إلَه إلا أنَا كلِمتي، من قالَها؛ أدخلتُه جنَّتي، ومن أدخلتُه جنَّتي؛ فقد أمِنَ، والقرآنُ كلامي، ومنِّي خرَج.
Teks Bahasa Melayu
Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, kata-kata-Ku sesiapa yang berkatanya, Aku masukkan ia ke dalam syurga-Ku, dan sesiapa yang memasuki syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran itu pula adalah kata-kata-Ku, dan daripada-Ku ia keluar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1569, hadis no. 7945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم عن جبريل أن الله تعالى قال: أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج. [خط، ((الضعيفة)) (6221)].
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, daripada Nabi SAW, daripada Jibril bahawa Allah SWT berkata: Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, kata-kata-Ku sesiapa yang berkatanya, Aku masukkan ia ke dalam syurga-Ku, dan sesiapa yang memasuki syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Quran itu pula adalah kata-kata-Ku, dan daripada-Ku ia keluar. [Riwayat al-Khatib dalam Kitab al-Tarikh Baghdad, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6221].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman