Akuilah dengan persaksian bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan selain Allah

TEKS BAHASA ARAB

أما بعد فأقروا بشهادة أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، وأدوا الزكاة، وخطوا المساجد، كذا وكذا، وإلا، غزوتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akuilah dengan persaksian bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan selain Allah dan aku adalah utusan Allah, tunaikanlah zakat, binalah masjid, buatlah begini, buatlah begitu, jika tidak, aku akan perangi kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1081, hadis nombor 5506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي شداد، رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ دَمَا قَرْيَةٍ مِنْ قُرَى عُمَانَ قَالَ: جَاءَنَا كِتَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَّا بَعْدُ، فَأَقِرُّوا بِشَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ وَأَدُّوا الزَّكَاةَ وخُطُّوا الْمَسَاجِدَ كذا وكذا وَإِلَّا غَزَوْتُكُمْ قَالَ أَبُو شَدَّادٍ: فَلَمْ نَجِدْ من يَقْرَأُ عَلَيْنَا ذلك الْكِتَابَ،حَتَّى أصبنا غُلَامًا يقرأ فَقَرَأَهُ عَلَيْنَا قال عبد العزيز: فَقُلْتُ لِأَبِي شَدَّادٍ: مَنْ كَانَ عَلَى عُمَانَ يَوْمَئِذٍ يَلِي أَمْرَهُمْ؟ قَالَ: إسْوَارٌ مِنْ أَسَاوِرَةِ كِسْرَى يُقَالُ لَهُ: سَحَانُ. [البزار، طس، الضعيفة (6449)]

(Lemah) Daripada Abu Shaddad, seorang lelaki daripada Dama, sebuah perkampungan di Oman, beliau menceritakan: Sepucuk surat daripada Rasulullah SAW telah sampai kepada kami, ia berbunyi: Akuilah dengan persaksian bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan selain Allah dan aku adalah utusan Allah, tunaikanlah zakat, binalah masjid, buatlah begini, buatlah begitu, jika tidak, aku akan perangi kalian. Namun pada awalnya kami tidak menemui sesiapa yang mampu membaca surat tersebut, sehinggalah kami temui seorang pemuda yang mampu membacanya untuk kami.
‘Abd al-‘Aziz bertanya kepada Abu Shaddad: Siapakah yang menguasai Oman ketika itu? Abu Shaddad berkata: Salah seorang pemanah handal Kaisar, digelar Sahan. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6449]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs