Aku wasiatkan kamu agar menjaga orang muhajirin dan anak cucu mereka

TEKS BAHASA ARAB

أوصيكم بالسابقين الأولين من المهاجرين، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم، إلا تفعلوا، لا يقبل منكم صرف ولا عدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku wasiatkan kamu agar menjaga orang muhajirin dan anak cucu mereka. Jika kalian tidak melakukannya, taubat kamu tidak akan diterima.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1955, hadis nombor 9787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: لما حضر النبي صلى الله عليه وسلم الوفاة؛ قالوا: يا رسول الله! أوصنا. قال: أوصيكم بالسابقين الأولين من المهاجرين، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم، وبأبنائهم من بعدهم. إلا تفعلوا؛ لا يقبل منكم صرف ولا عدل.
[البزار، ((الضعيفة)) (6793)]

(Lemah)
Daripada Abdurrahman Bin ‘Auf RA, beliau berkata: Ketika Nabi SAW sedang nazak, para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, berikan wasiat kepada kami. Baginda bersabda: Aku wasiatkan kamu agar menjaga orang muhajirin dan anak cucu mereka. Jika kalian tidak melakukannya, taubat kamu tidak akan diterima.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnad al-Bahr Zikhar. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6793]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs