Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku wasiatkan agar kamu pergi kepada Ali

Teks Bahasa Arab

أُوصي بِكِ إلى عليٍّ.

Teks Bahasa Melayu

Aku wasiatkan agar kamu pergi kepada Ali.

Sahabat Perawi

  1. Safiyyah binti Huyayy RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1928, hadis no. 9673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن صفية بنت حيي رضي الله عنها قالت: قلت: يا رسول الله! ليس من نسائك أحد إلا ولها عشيرة تلجأ إليها غيري؛ فإن حدث بك حدث فإلى من؟ قال: أوصي بك إلى علي. [تخ، عد، ((الضعيفة)) (6066)]

(Munkar) Daripada Safiyyah binti Huyayy RA, beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, semua isteri kamu ada keluarga yang boleh untuk mereka pergi berlindung kecuali aku. Jika ada sesuatu yang berlaku kepada kamu, ke mana aku mahu pergi? Baginda bersabda: Aku wasiatkan agar kamu pergi kepada Ali. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Kamil dalam al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6066]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.