Aku titipkan kalian kepada Allah yang tidak sesekali hilang jagaan-jagaan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إذا ‌أردت ‌سفرا فقل لمن تخلف: أستودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu mahu bermusafir maka sebutkanlah kepada orang yang kamu tinggalkan: Aku titipkan kalian kepada Allah yang tidak sesekali hilang jagaan-jagaan-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis nombor 5050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إذا ‌أردت ‌سفرا فقل لمن تخلف: أستودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه)). [عد، ((الضعيفة)) (1470)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu mahu bermusafir maka sebutkanlah kepada orang yang kamu tinggalkan: Aku titipkan kalian kepada Allah yang tidak sesekali hilang jagaan-jagaan-Nya. [Riwayat Ibnī ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1470]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs