Aku tidak takutkan ke atas umatku melainkan tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

لاأخاف على أمتى إلا ثلاث خلال أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا وأن يفتح لهم الكتاب يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه ولا يبالون عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak takutkan ke atas umatku melainkan tiga perkara: Harta menjadi banyak buat mereka lalu mereka saling hasad dan saling berbunuhan, dibukakan buat mereka kitab dan seorang Mukmin mencari-cari takwilannya: {Sedangkan tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah SWT. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman dengannya (ayat-ayat yang mutashābihāt), kesemuanya itu datang dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal}. [Āli ‘Imrān ayat 7] dan mereka melihat individu yang memiliki ilmu, lalu mereka mengabaikannya serta tidak peduli padanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 118, hadis nombor 609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه مرفوعا: لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه ولا يبالون عليه. [طب، الطبراني في مسند الشاميين، الضعيفة (5607)]

(Lemah) Daripada Abū Mālik al-Ash‘arī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : “Aku tidak takutkan ke atas umatku melainkan tiga perkara: Harta menjadi banyak buat mereka lalu mereka saling hasad dan saling berbunuhan, dibukakan buat mereka kitab dan seorang Mukmin mencari-cari takwilannya: {Sedangkan tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah SWT. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman dengannya (ayat-ayat yang mutashābihāt), kesemuanya itu datang dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal}. [Āli ‘Imrān ayat 7] dan mereka melihat individu yang memiliki ilmu, lalu mereka mengabaikannya serta tidak peduli padanya”. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Musnad al-Shāmiyyīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5607]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs