Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا أخافُ على أُمَّتي إلا ثلاثَ خلالٍ : أن يكثُرَ لهم من المالِ فيتحاسدوا فيقتَتِلُوا ، وأن يُفتحَ لهم الكتابُ ؛ يأخذُه المؤمنُ يبتغي تأويلَه : وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ والرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنا وما يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُوا الْأَلْبابِ ، وأن يرَوْا ذا علمِهم فيُضيِّعُوه ، ولا يُبالونَ عليهِ
Teks Bahasa Melayu
Aku tidak takutkan ke atas umatku melainkan tiga perkara: Harta menjadi banyak buat mereka lalu mereka saling hasad dan saling berbunuhan, dibukakan buat mereka kitab dan seorang Mukmin mencari-cari takwilannya: {Sedangkan tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah SWT. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman dengannya (ayat-ayat yang mutashābihāt), kesemuanya itu datang dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal}. [Āli ‘Imrān ayat 7] dan mereka melihat individu yang memiliki ilmu, lalu mereka mengabaikannya serta tidak peduli padanya.
Sahabat Perawi
- Abū Mālik al-Ash‘arī RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 118, hadis no. 609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه مرفوعا: لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه ولا يبالون عليه. [طب، الطبراني في مسند الشاميين، الضعيفة (5607)]
(Daif) Daripada Abū Mālik al-Ash‘arī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : “Aku tidak takutkan ke atas umatku melainkan tiga perkara: Harta menjadi banyak buat mereka lalu mereka saling hasad dan saling berbunuhan, dibukakan buat mereka kitab dan seorang Mukmin mencari-cari takwilannya: {Sedangkan tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah SWT. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman dengannya (ayat-ayat yang mutashābihāt), kesemuanya itu datang dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal}. [Āli ‘Imrān ayat 7] dan mereka melihat individu yang memiliki ilmu, lalu mereka mengabaikannya serta tidak peduli padanya”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Musnad al-Shāmiyyīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5607]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman