Aku tidak takut terhadap umatku melainkan lemahnya keyakinan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أخاف على أمتي إلا ضعف اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak takut terhadap umatku melainkan lemahnya keyakinan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 457-458, hadis nombor 2450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «ما أخاف على أمتي إلا ضعف اليقين». [ابن نصر في «الصلاة»، تخ، ابن أبي الدنيا في «اليقين»، الكلاباذي في «مفتاح المعاني»، ابن عساكر، «الضعيفة» (1994)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku tidak takut terhadap umatku melainkan lemahnya keyakinan.” [Riwayat Ibn Nasr dalam al-Solah, al-Bukhari dalam al-Tarikh, Ibn Abu al-Dunya dalam al-Yaqin, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1994].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.