Aku tidak takut bagi umatku melainkan pada tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

لا أخاف على أمتي إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب؛ يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: {وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب}، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak takut bagi umatku melainkan pada tiga perkara: Apabila harta mereka banyak lalu mereka hasad antara satu sama lain lalu saling membunuh, dibukakan (diberikan kelapangan) bagi mereka kepada al-Quran lalu orang yang beriman mengambilnya untuk mencari takwilannya: {Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran} [Surah Āli ‘Imrān ayat 7]. Dan juga diperlihatkan orang berilmu dalam dalam kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1543, hadis nombor 7835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا أخاف على أمتي إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب؛ يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: {وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب}، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه)). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5607)]

(Lemah)
Daripada Abū Mālik al-Ash‘ārī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak takut bagi umatku melainkan pada tiga perkara: Apabila harta mereka banyak lalu mereka hasad antara satu sama lain lalu saling membunuh, dibukakan (diberikan kelapangan) bagi mereka kepada al-Quran lalu orang yang beriman mengambilnya untuk mencari takwilannya: {Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran} [Surah Āli ‘Imrān ayat 7]. Dan juga diperlihatkan orang berilmu dalam dalam kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr dan Musnad al-Shāmiyyīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5607]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs