Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا أخافُ على أُمَّتي إلا ثلاثَ خلالٍ: أن يكثُرَ لهم من المالِ فيتحاسدوا فيقتَتِلُوا، وأن يُفتحَ لهم الكتابُ؛ يأخذُه المؤمنُ يبتغي تأويلَه: {وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ والرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنا وما يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُوا الْأَلْبابِ}، وأن يرَوْا ذا علمِهم فيُضيِّعُوه، ولا يُبالونَ عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku tidak takut bagi umatku melainkan pada tiga perkara: Apabila harta mereka banyak lalu mereka hasad antara satu sama lain lalu saling membunuh, dibukakan (diberikan kelapangan) bagi mereka kepada al-Quran lalu orang yang beriman mengambilnya untuk mencari takwilannya: {Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran} [Surah Āli ‘Imrān ayat 7]. Dan juga diperlihatkan orang berilmu dalam dalam kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Ash'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1543, hadis no. 7835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا أخاف على أمتي إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب؛ يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: {وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولو الألباب}، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه)). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5607)]
(Lemah) Daripada Abū Mālik al-Ash‘ārī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak takut bagi umatku melainkan pada tiga perkara: Apabila harta mereka banyak lalu mereka hasad antara satu sama lain lalu saling membunuh, dibukakan (diberikan kelapangan) bagi mereka kepada al-Quran lalu orang yang beriman mengambilnya untuk mencari takwilannya: {Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran} [Surah Āli ‘Imrān ayat 7]. Dan juga diperlihatkan orang berilmu dalam dalam kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr dan Musnad al-Shāmiyyīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5607]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman