TEKS BAHASA ARAB
لتقاتلن المشركين حتى تقاتل بقيتكم الدجال، على نهر بالأردن، أنتم شرقيه، وهم غربيه، وما أدري أين الأردن يومئذ من الأرض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kamu pasti akan berperang dengan golongan musyrikin sehingga yang tinggal dalam kalangan kamu akan memerangi Dajjal di sebuah sungai di Jordan. Kamu berada di sebelah timurnya dan mereka berada di baratnya. Aku tidak tahu di manakah Jordan ketika itu di bumi ini.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1309, hadis nombor 6690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن نهيك بن صريم السكوني رضي الله عنه، مرفوعا: لتقاتلن المشركين حتى تقاتل بقيتكم الدجال، على نهر بالأردن، أنتم شرقيه، وهم غربيه، وما أدري أين الأردن يومئذ من الأرض.
[فر، ابن منده، ابن رزيق، في ((الأفراد والغرائب))، ابن أبي عاصم في ((الآحاد))، البزار، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ابن سعد، ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (1297)].
(Lemah)
Daripada Nuhaik bin Suraim al-Sukuni RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kamu pasti akan berperang dengan golongan musyrikin sehingga yang tinggal dalam kalangan kamu akan memerangi Dajjal di sebuah sungai di Jordan. Kamu berada di sebelah timurnya dan mereka berada di baratnya. Aku tidak tahu di manakah Jordan ketika itu di bumi ini.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Musnad al-Firdaws, Ibn Mandah, Ibn Raziq dalam al-Afrad Wa al-Ghara'ib, Ibn Abi 'Asim dalam al-Ahad, al-Bazzar, al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin, Ibn Sa'd, Ibn Abi Khaithamah dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1297].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.