TEKS BAHASA ARAB
لا أحب أن يعينني على وضوئي أحد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku tidak suka sesiapa pun membantuku berwuduk.
STATUS
Sangat munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1223, hadis nombor 6229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا)
عن أَبي الْجنوب، قال: رأيت عليا يستقي ماء لوضوئه، فقلت: ألا أستقي لك؟ قال:ما أحب أن يعينني عليه أحد، فقال عمر رضي الله عنه: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يستقي ماء لوضوئه، فقلت: ألا أعينك عليه؟ فقال: لا أحب أن يعينني على وضوئي أحد.
[البزار، ((الضعيفة)) (6417)].
(Sangat munkar)
Daripada Abi al-Janub, katanya: Aku pernah melihat ‘Ali meminta air untuk dia berwuduk, aku pun bertanya: Tidak mahukah aku ambilkan air untuk kamu? ‘Ali menjawab: Aku tidak suka sesiapapun membantuku untuk berwuduk. ‘Umar RA pun berkata: Aku pernah melihat Rasulullah SAW meminta air untuk wuduk baginda, lalu aku pun berkata: Tidak mahukah aku membantu kamu berwuduk? Lalu baginda menjawab: Aku tidak suka sesiapa pun membantuku berwuduk.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6417].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.