Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Aku tidak suka sesiapa pun membantuku berwuduk

Teks Bahasa Arab

لا أُحِبُ أن يُعِينَني على وضوئي أحدٌ.

Teks Bahasa Melayu

Aku tidak suka sesiapa pun membantuku berwuduk.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1223, hadis no. 6229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أَبي الْجنوب، قال: رأيت عليا يستقي ماء لوضوئه، فقلت: ألا أستقي لك؟ قال:ما أحب أن يعينني عليه أحد، فقال عمر رضي الله عنه: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يستقي ماء لوضوئه، فقلت: ألا أعينك عليه؟ فقال: لا أحب أن يعينني على وضوئي أحد. [البزار، ((الضعيفة)) (6417)].

(Sangat munkar) Daripada Abi al-Janub, katanya: Aku pernah melihat 'Ali meminta air untuk dia berwuduk, aku pun bertanya: Tidak mahukah aku ambilkan air untuk kamu? 'Ali menjawab: Aku tidak suka sesiapapun membantuku untuk berwuduk. 'Umar RA pun berkata: Aku pernah melihat Rasulullah SAW meminta air untuk wuduk baginda, lalu aku pun berkata: Tidak mahukah aku membantu kamu berwuduk? Lalu baginda menjawab: Aku tidak suka sesiapa pun membantuku berwuduk. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6417].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.