Kami telah keluar bersama-sama Rasulullah SAW pada satu jenazah

TEKS BAHASA ARAB

ما يأتي على هذا القبر من يوم، إلا وهو ينادي بصوت طلق ذلق: يا ابن آدم! كيف نسيتني؟! ألم تعلم أني بيت الوحدة، وبيت الغربة، وبيت الوحشة، وبيت الدود، وبيت الضيق إلا من وسعني الله عليه؟! القبر إما روضة من رياض الجنة، أو حفرة من حفر النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami telah keluar bersama-sama Rasulullah SAW pada satu jenazah, dan baginda duduk di salah satu perkuburan tersebut, maka Rasulullah SAW berkata: Tidak datang satu hari pun ke atas kubur ini pada melainkan ia menyerunya dengan suara yang fasih dan jelas: Wahai Anak Adam! Bagaimana kamu boleh melupakanku?! Adakah kamu tidak tahu akulah rumah keseorangan, rumah yang terasing, rumah kesunyian, rumah cacing dan rumah yang sempit untuk kamu melainkan bagi orang-orang yang Allah luaskan untuk mereka?! Kubur ini boleh jadi di antara taman-taman syurga dan boleh juga jadi lubang-lubang neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2031, hadis nombor 10214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: خرجنا مع رسول الله ﷺ في جنازة، فجلس إلى قبر منها، فقال: ما يأتي على هذا القبر من يوم، إلا وهو ينادي بصوت طلق ذلق: يا ابن آدم! كيف نسيتني؟! ألم تعلم أني بيت الوحدة، وبيت الغربة، وبيت الوحشة، وبيت الدود، وبيت الضيق إلا من وسعني الله عليه؟! القبر إما روضة من رياض الجنة، أو حفرة من حفر النار.
[طس، ((الضعيفة)) (٤٩٩٠)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, berkata: Kami telah keluar bersama-sama Rasulullah SAW pada satu jenazah, dan baginda duduk di salah satu perkuburan tersebut, maka Rasulullah SAW berkata: Tidak datang satu hari pun ke atas kubur ini pada melainkan ia menyerunya dengan suara yang fasih dan jelas: Wahai Anak Adam! Bagaimana kamu boleh melupakanku?! Adakah kamu tidak tahu akulah rumah keseorangan, rumah yang terasing, rumah kesunyian, rumah cacing dan rumah yang sempit untuk kamu melainkan bagi orang-orang yang Allah luaskan untuk mereka?! Kubur ini boleh jadi di antara taman-taman syurga dan boleh juga jadi lubang-lubang neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4990]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs