Aku tidak perlukan anak perempuan kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا حاجة لي في ابنتك. قاله لامرأة آثرته بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak perlukan anak perempuan kamu. Baginda bersabda kepada wanita yang menyerahkan dirinya kepada Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1095, hadis nombor 5561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: أن امرأة أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، ابنة لي كذا وكذا ذكرت من حسنها وجمالها فآثرتك بها فقال: قد قبلتها فلم تزل تمدحها حتى ذكرت أنها لم تصدع ولم تشتك شيئا قط قال: لا حاجة لي في ابنتك. [ حم، الضعيفة (6279)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya ada seorang wanita datang menemui Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, puteriku adalah seorang yang begini dan begitu. Disebut kebaikan dan kecantikannya. Aku serahkannya kepada kamu. Baginda berkata: Aku menerimanya. Namun si ibu tersebut berterusan memuji anak perempuannya sehingga mendakwa bahawa anaknya tidak pernah sakit kepala, bahkan tidak pernah mengeluh langsung. Maka Nabi SAW berkata: Aku tidak perlukan anak perempuan kamu. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no, 6279]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs