TEKS BAHASA ARAB
ما أبالي ما رددت به عني الجوع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku tidak peduli apa yang diberikan kepadaku ketika kelaparan (selagi mana ia boleh menghilangkan kelaparan).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis nombor 3123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأوزاعي، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما أبالي ما رددت به عني الجوع)). [ابن أبي الدنيا في ((الجوع))، ((الضعيفة)) (2374)].
(Lemah)
Daripada al-Auza’i beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Aku tidak peduli apa yang diberikan kepadaku ketika kelaparan (selagi mana ia boleh menghilangkan kelaparan).))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2374].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.