Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أُبالي ما ردَدتُ بهِ عنِّيَ الجوعَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku tidak peduli apa yang diberikan kepadaku ketika kelaparan (selagi mana ia boleh menghilangkan kelaparan).
Sahabat Perawi
- al-Auza’i
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis no. 3123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأوزاعي، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما أبالي ما رددت به عني الجوع)). [ابن أبي الدنيا في ((الجوع))، ((الضعيفة)) (2374)].
(Lemah) Daripada al-Auza’i beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Aku tidak peduli apa yang diberikan kepadaku ketika kelaparan (selagi mana ia boleh menghilangkan kelaparan).)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2374].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman