Aku tidak merindui seorangpun daripada sahabatku melainkan Muawiyah bin Abu Sufyan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا أفتقد أحدا من أصحابي غير معاوية بن أبي سفيان، لا أراه ثمانين عاما أو سبعين عاما، ثم يقبل على على ناقة من المسك الأذفر، حشوها رحمة الله، قوائمها من الزبرجد، فأقول معاوية؟ فيقول: لبيك. فأقول: أين كنت منذ ثمانين عاما؟ فيقول: في روضة تحت عرش ربي يناجيني وأناجيه. ويقول: هذا عوض ما كنت تشتم في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku tidak merindui seorangpun daripada sahabatku melainkan Muawiyah bin Abu Sufyan. Aku tidak melihatnya selama 80 atau 70 tahun, kemudian dia datang kepadaku menaiki unta yang diperbuat daripada kasturi yang kuat baunya, isinya adalah rahmat Allah, kaki-kakinya adalah daripada batu zabarjad (peridot). Aku berkata: Muawiyah? Beliau berkata: Aku datang kepadamu. Aku berkata: Di mana kamu sejak 80 tahun yang lalu? Beliau berkata: Dalam taman di bawah Arasy Tuhanku, aku meluahkan perasaan kepada-Nya dan Dia meluahkan perasaan kepadaku. Dia berkata: Inilah ganti kepada kejian yang dilemparkan kepadamu semasa di dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 406-407, hadis nombor 155. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا. وقال: موضوع. وقال الخطيب: باطل إسنادا ومتنا، ونراه مما وضعه الوكيل، يعني: عبد الله بن جعفر الوكيل. فإن رجال إسناده كلهم ثقات.
وقال ابن عساكر بعد حكاية كلام الخطيب. وقد روى من وجه آخر، ثم ساق إسناده من طريق ليس فيها الوكيل المذكور، ثم قال: هذا الحديث منكر، وفيه غير واحد من المجاهيل.
وقال الحاكم: سمعت أبا العباس محمد بن يعقوب بن يوسف يقول: سمعت إسحاق بن إبراهيم الحنظلي يقول: لا يصح في فضل معاوية حديث. انتهي. قلت: قد ذكر الترمذي في الباب الذي ذكره في مناقب معاوية من سننه ما هو معروف فليراجع. وأما هذه الأكاذيب المذكورة هنا فأمرها بين.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Palsu. Al-Khatib berkata: Ia batil dari sudut sanad dan juga matan. Kami berpendapat ia direka oleh al-Wakil iaitu Abdullah bin Ja’far al-Wakil. Kerana sesungguhnya perawi pada sanadnya kesemuanya thiqah.
Ibn Asakir juga berkata selepas menukilkan kata-kata al-Khatib. Diriwayatkan juga daripada jalan yang lain, lalu disebutkan sanad tanpa al-Wakil yang disebutkan tadi. Lalu dia berkata: Hadith ini munkar. Padanya ada orang-orang yang majhul (tidak dikenali). Al-Hakim berkata: Aku mendengar Abu al-Abbas Muhammad bin Ya’qub bin Yusuf berkata: Aku mendengar Ishaq bin Ibrahim al-Hanzali berkata: Tidak ada satupun hadith mengenai kelebihan Muawiyah yang sahih.
Aku berkata: Al-Tirmizi telah menyebutkan apa yang dikenali dalam bab Manaqib Muawiyah dalam Sunannya. Maka rujuklah. Adapun pendustaan yang disebutkan di sini maka keadaannya adalah jelas.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs