Aku tidak suka sekiranya seorang muslim tidur dalam keadaan berjunub

TEKS BAHASA ARAB

لا أحب أن يبيت المسلم جنبا إني خشيت أن يموت فلا تحضر الملائكة جنازته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak suka sekiranya seorang muslim tidur dalam keadaan berjunub. Aku bimbang sekiranya dia meninggal dunia, malaikat tidak akan menghadiri jenazahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 36, hadis nombor 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه أبو يعلى في مسنده ومن طريقه ابن عدي في الكامل (7/ 2720) والذهبي في الميزان (4/ 437- 438) حدثنا شيبان حدثنا يزيد بن عياض حدثنا الأعرج عن أبي هريرة مرفوعاً فذكره.
قلت: وهذا سند تالف. ويزيد بن عياض هالك. كذبه مالك والنسائي وابن معين. وتركه النسائي في رواية، والأزدي. وقال البخاري ومسلم والساجي وأبو حاتم: منكر الحديث. وزاد أبو حاتم: ضعيف الحديث.
ثم إن لفظ الحديث يبعد جداً أن يقوله النبي صلى الله عليه وسلم بل هو إلى ألفاظ الفقهاء أقرب. ولآخر الحديث شاهد من حديث محمد بن ياسر قال: قدمت على أهلي من سفر فضمخوني بالزعفران. فلما أصبحت أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فسلمت عليه، فلم يرحب بي، ولم يبش بي وقال: اذهب فاغسل هذا عنك قال: فغسلته عني. فجئت وقد بقي عليّ شيء. فسلمت عليه فلم يرحب بي ولم يبش بي، وقال: اذهب فاغسل هذا عنك. فغسلته عني، ثم أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فسلمت عليه فرد السلام ورحب بي، وقال: إن الملائكة لا تحضر جنازة الكافر بخير ولا المتضمخ بالزعفران ولا الجنب. قال: ورخص للجنب إذا أراد أن يأكل أو ينام أن يتوضأ.
أخرجه أبو داود (4176) وأحمد (4/ 320) ، والطيالسي (646) والبيهقي (1/ 203 و5/ 36) من طريق حماد بن سلمة عن عطاء الخراساني عن يحيى بن يعمر عن عمار بن ياسر. فذكره.
وأخرجه أبو داود (4180) أيضاً من طريق الحسن البصري، عن عمار بنحوه وزاد: ولا الجنب إلا أن يتوضأ وهو منقطع فالحسن لم يسمع من عمار كما قال المنذري في الترغيب (1/ 91). وتابعه معمر بن راشد عن عطاء الخراساني به. أخرجه عبد الرزاق في المصنف (1/ 281/ 1087) عنه.
قلت: وهذا سند ضعيف، وله ثلاث علل:
الأولى والثانية: أن عطاء الخراساني ضعيف الحفظ، وكان يدلس ولم يصرح بالسماع في شيء من الطرق التي وقفت عليها.
الثالثة: الانقطاع بين يحيى بن يعمر وعمار.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad beliau, juga Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2720) daripada Abu Ya’la, dan al-Zahabi dalam al-Mizan (4/437-438). Beliau berkata : Shaiban telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Yazid bin ‘Iyyadh telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : al-A’raj telah menceritakan kepada kami daripada Abu Hurairah secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini Talif (Binasa). Yazid bin ‘Iyyadh seorang perosak hadith (Halik). Malik, al-Nasa’ei dan Ibn Ma’in telah menilai beliau sebagai pendusta. Al-Nasaie telah meninggalkan periwayatan beliau, begitu juga al-Azdi. Al-Bukhari, Muslim, al-Saji dan Abu Hatim berkata: “Beliau banyak kesalahan dalam meriwayatkan hadith”. Abu Hatim menambah: “Beliau lemah dalam periwayatan hadith”. Kemudian, lafaz hadith tersebut sangat jauh daripada sabda-sabda Nabi SAW, bahkan ianya lebih hampir kepada lafaz ucapan ahli-ahli fiqh.
Bahagian akhir hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Muhammad bin Yasir, katanya: “Aku tiba kepada keluargaku daripada permusafiran, mereka pun melumurkanku dengan za’faran. Apabila tiba waktu pagi, aku datang bertemu Rasulullah SAW, lalu aku memberikan salam kepada Baginda SAW, namun Baginda SAW tidak meraikan kedatanganku seraya Baginda SAW bersanda: “Pergilah dan basuhkanlah lumuran ini daripadamu”. Muhammad bin Yasir berkata: “Lalu aku pun membasuh lumuran tersebut daripadaku, namun masih ada sedikit sisa padaku. Aku pun memberikan salam kepada Baginda SAW, namun Baginda SAW tida mengalukan kedatanganku seraya bersabda: “Pergilah dan basuhkanlah lumuran ini daripadamu”. Lalu aku pun membasuhnya kemudian aku datang kembali kepada Rasulullah SAW, aku memberi salam kepada Baginda SAW, lalu Baginda SAW menjawab salamku dan mengalukan kedatanganku, Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan menghadiri jenazah orang kafir untuk membawa kebaikan, juga tidak akan hadir kepada orang yang berlumuran za’faran dan tidak juga orang berjunub”. Perawi berkata: Baginda SAW memberikan keringanan kepada orang berjunub apabila dia mahu makan, atau tidur agar berwuduk.
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Abu Daud (4176), Ahmad (4/320), al-Tayalisi (646), dan al-Baihaqi (1/203, 5/36) melalui sanad Hammad bin Salamah daripada ‘Ata’ al-Khurasani daripada Yahya bin Ya’mar daripada ‘Ammar bin Yasir, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Juga diriwayatkan oleh Abu Daud (4180) melalui sanad al-Hasan al-Basri daripada ‘Ammar dengan lafaz seumpama itu dan ada sedikit penambahan: “…dan juga tidak akan hadir kepada orang berjunub kecuali dia berwuduk”. Sanadnya terputus, al-Hasan tidak sempat mendengar hadith daripada ‘Ammar sebagaimana disebutkan oleh al-Munziri dalam al-Targhib (1/91). Sanad Hammad bin Salamah telah disokong oleh Ma’mar bin Rashid daripada ‘Ata’ al-Khurasani dengan sanad beliau. Ianya telah diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (1/281/1087) daripada Ma’mar.
Saya berkata: Sanad ini lemah kerana mempunyai tiga kecacatan:
Pertama dan keduanya adalah ‘Ata’ al-Khurasani seorang yang lemah hafalannya. Beliau juga seorang yang selalu melakukan tadlis. Beliau tidak menyebutkan secara jelas bahawa beliau mendengar hadith tersebut dalam mana-mana sanad yang saya temui.
Ketiga: Terputusnya sanad antara Yahya bin Ya’mar dan ‘Ammar. Abu Daud berkata: “Yahya bin Ya’mar, antara beliau dan ‘Ammar ada seorang perawi”.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs