Aku tidak menyukai lelaki yang hanya berkahwin untuk merasa kemanisan sahaja

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا أحب الذواقين من الرجال ولا الذواقات من النّساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak menyukai lelaki yang hanya berkahwin untuk merasa kemanisan sahaja dan juga wanita yang berkahwin dengan tujuan yang sama.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمَقَاصِد «لَا أُحِبُّ الذَّوَّاقِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَلَا الذواقات من النِّسَاء» للطبراني مَوْضُوعا.

Dalam kitab al-Maqasid menyebut:
“Aku tidak menyukai lelaki yang hanya berkahwin untuk merasa kemanisan sahaja dan juga wanita yang berkahwin dengan tujuan yang sama”. Riwayat al-Tabarani, ia palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.