Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا أُحِبُّ الذَّوَّاقِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَلَا الذواقات من النِّسَاء.
Teks Bahasa Melayu
Aku tidak menyukai lelaki yang hanya berkahwin untuk merasa kemanisan sahaja dan juga wanita yang berkahwin dengan tujuan yang sama.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam kitab al-Maqasid menyebut: “Aku tidak menyukai lelaki yang hanya berkahwin untuk merasa kemanisan sahaja dan juga wanita yang berkahwin dengan tujuan yang sama”. Riwayat al-Tabarani, ia palsu.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman