TEKS BAHASA ARAB
ما أخذت الدنيا من الآخرة إلا كما أخذ مخيط غمس في البحر من مائه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku tidak mengambil dunia daripada akhirat melainkan seperti kadar jarum benang diambil apabila dicelup ke dalam laut daripada airnya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1716, hadis nombor 8624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: (المخيط)) عن المستورد مرفوعاً: (مَا أَخَذَتِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ إِلا كَمَا أَخَذَ مِخْيَطٌ غُمسَ فِي الْبَحْرِ مِنْ مَائِهِ).
[طب، ((الضعيفة)) (6956)]
(Munkar dengan lafaz: jarum benang) Daripada al-Mustawrid RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku tidak mengambil dunia daripada akhirat melainkan seperti kadar yang jarum benang ambil apabila dicelup ke dalam laut daripada airnya.” [al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6956]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.