Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني لألجُ هذهِ الغرفةَ ما أَلِجُهَا حينئذٍ أن يكونَ فيها مالٌ فأُتوفَى ولم أُنفقْهُ
Teks Bahasa Melayu
Aku akan masuk ke dalam bilik ini. Aku tidak masuk ke dalamnya ketika ini kerana aku takut ada harta di dalamnya lalu kemudian aku meninggal dunia dan tidak boleh membelanjakannya.
Sahabat Perawi
- Samurah bin Jundub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 905, hadis no. 4632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة ابن جندب رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إني لألج هذه الغرفة ما ألجها حينئذ إلا خشية أن يكون فيها مال فأتوفى ولم أنفقه. [طب, الضعيفة (6745)]
(Lemah) Daripada Samrah Bin Jundub RA , beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Aku akan masuk ke dalam bilik ini. Aku tidak masuk ke dalamnya ketika ini kerana aku takut ada harta di dalamnya lalu kemudian aku meninggal dunia dan tidak boleh membelanjakannya. [Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 6745].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman