Aku tidak maksudkan bahawa seorang pemimpin lebih baik daripada pemimpin yang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ولا أعني أميرا خيرا من أمير ولا عاما خيرا من عام ولكن علماءكم أو فقهاءكم يذهبون ثم لا تجدون منه خلفا ويجيء قوم يفتون برأيهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak maksudkan bahawa seorang pemimpin lebih baik daripada pemimpin yang lain. Tidaklah satu tahun itu lebih baik dari tahun yang lain. Akan tetapi (yang dimaksudkan), ulama dan fuqaha kalian akan pergi kemudian kalian tidak akan menjumpai gantinya dan datanglah satu kelompok yang mana mereka berfatwa dengan pandangan mereka sendiri.

STATUS

Kata-Kata Ibn Mas’ud

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَرُوِيَ ذَلِك من قَول ابْن مَسْعُود قَالَ «وَلا أَعْنِي أَمِيرًا خَيْرًا مِنْ أَمِيرٍ وَلا عَامًا خَيْرًا مِنْ عَامٍ وَلَكِنَّ عُلَمَاءَكُمْ أَوْ فُقَهَاءَكُمْ يَذْهَبُونَ ثُمَّ لَا تَجِدُونَ مِنْهُ خَلَفًا وَيَجِيءُ قَوْمٌ يُفْتُونَ بِرَأْيِهِمْ»

Ia juga diriwayatkan daripada kata-kata Ibnu Mas’ud, beliau berkata:
“Aku tidak maksudkan bahawa seorang pemimpin lebih baik daripada pemimpin yang lain. Tidaklah satu tahun itu lebih baik dari tahun yang lain. Akan tetapi (yang dimaksudkan), ulama dan fuqaha kalian akan pergi kemudian kalian tidak akan menjumpai gantinya dan datanglah satu kelompok yang mana mereka berfatwa dengan pandangan mereka sendiri.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.