Aku tidak bimbangkan kepada umatku kelaparan yang akan membunuh mereka atau musuh yang akan menyerbu mereka

TEKS BAHASA ARAB

لست أخاف على أمتي جوعا يقتلهم، ولا عدوا يحتاجهم، ولكني أخاف على أمتي أئمة مضلين؛ إن أطاعوهم؛ فتنوهم، وإن عصوهم، قتلوهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak bimbangkan kepada umatku kelaparan yang akan membunuh mereka atau musuh yang akan menyerbu mereka, namun yang aku bimbangkan terhadap umatku adalah para pemimpin yang menyesatkan, jika mereka menuruti pemimpin itu, mereka terpalit fitnah dan jika mereka menderhakai pemimpin tersebut, para pemimpin tersebut akan membunuh mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291, hadis nombor 6609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لست أخاف على أمتي جوعا يقتلهم، ولا عدوا يحتاجهم، ولكني أخاف على أمتي أئمة مضلين؛ إن أطاعوهم؛ فتنوهم، وإن عصوهم، قتلوهم.
[طب، ((الضعيفة)) (5936)].

(Lemah)
Daripada Abi Umamah RA, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Aku tidak bimbangkan kepada umatku kelaparan yang akan membunuh mereka atau musuh yang akan menyerbu mereka, namun yang aku bimbangkan terhadap umatku adalah para pemimpin yang menyesatkan, jika mereka menuruti pemimpin itu, mereka terpalit fitnah dan jika mereka menderhakai pemimpin tersebut, para pemimpin tersebut akan membunuh mereka.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5936].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.