Aku tidak bimbang akan umatku melainkan tiga kerosakan

TEKS BAHASA ARAB

لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب، يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: {وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولوا الألباب}، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak bimbang akan umatku melainkan tiga kerosakan iaitu; Melimpahnya harta lalu (menyebabkan) mereka saling berdengki kemudian saling membunuh. (Seterusnya) Dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak ada yang mengetahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang mendalami ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Tuhan kami, dan tiadalah yang mengambil peringatan melainkan orang-orang yang celik fikirannya} [Surah Ali Imran ayat 7], serta mereka melihat orang yang miliki ilmu, namun mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291 – 1292, hadis nombor 6612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب، يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: {وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولوا الألباب}، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5607)]

(Lemah)
Daripada Abi Malik al-Ash’ari RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak bimbang akan umatku melainkan tiga kerosakan iaitu; Melimpahnya harta lalu (menyebabkan) mereka saling berdengki kemudian saling membunuh. (Seterusnya) Dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak ada yang mengetahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang mendalami ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Tuhan kami, dan tiadalah yang mengambil peringatan melainkan orang-orang yang celik fikirannya} [Surah Ali Imran ayat 7], serta mereka melihat orang yang miliki ilmu, namun mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5607].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs