Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي إِلَّا ثَلَاثَ خِلَالٍ: أَن يَكْثُرَ لَهُمْ مِنَ الْمَالِ فَيَتَحَاسَدُواْ فَيَقْتَتِلُواْ، وَأَن يُفْتَحَ لَهُمْ الْكِتَابُ؛ يَأْخُذُهُ الْمُؤْمِنُ يَبْتَغِي تَأْوِيلَهُ: {وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ}، وَأَن يَرَوْا ذَا عِلْمِهِمْ فَيُضَيِّعُوهُ، وَلَا يُبَالُونَ عَلَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku tidak bimbang akan umatku melainkan tiga kerosakan iaitu; Melimpahnya harta lalu (menyebabkan) mereka saling berdengki kemudian saling membunuh. (Seterusnya) Dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak ada yang mengetahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang mendalami ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Tuhan kami, dan tiadalah yang mengambil peringatan melainkan orang-orang yang celik fikirannya} [Surah Ali Imran ayat 7], serta mereka melihat orang yang miliki ilmu, namun mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Ash'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291 - 1292, hadis no. 6612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب، يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: {وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولوا الألباب}، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه. [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5607)]
(Lemah) Daripada Abi Malik al-Ash'ari RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak bimbang akan umatku melainkan tiga kerosakan iaitu; Melimpahnya harta lalu (menyebabkan) mereka saling berdengki kemudian saling membunuh. (Seterusnya) Dibukakan Kitab untuk mereka, orang beriman mengambilnya kerana mahu mentakwilnya: {Dan tidak ada yang mengetahui takwilannya melainkan Allah, dan orang-orang yang mendalami ilmu mereka mengatakan: Kami beriman dengannya, semuanya datang daripada Tuhan kami, dan tiadalah yang mengambil peringatan melainkan orang-orang yang celik fikirannya} [Surah Ali Imran ayat 7], serta mereka melihat orang yang miliki ilmu, namun mereka sia-siakannya dan tidak menghiraukannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5607].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman