Aku tidak akan mengatakan perkara yang mungkar dan aku bukanlah ahlinya

TEKS BAHASA ARAB

ما حدثتم عني مما تعرفونه فخذوه، وما حدثتم عني مما تنكرونه، فلا تأخذوا به، فإني لا أقول المنكر، ولست من أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ketahuinya maka ambillah ia, dan apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ingkarinya, maka janganlah kamu mengambilnya. Ini kerana aku tidak akan mengatakan perkara yang mungkar dan aku bukanlah ahlinya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240, hadis nombor 6323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن جبير بن مطعم رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما حدثتم عني مما تعرفونه فخذوه، وما حدثتم عني مما تنكرونه، فلا تأخذوا به، فإني لا أقول المنكر، ولست من أهله.
[الخطيب في ((الكفاية))، ((الضعيفة)) (1090)]

(Sangat Lemah)
Daripada Jubair bin Mut’im RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ketahuinya maka ambillah ia, dan apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ingkarinya, maka janganlah kamu mengambilnya. Ini kerana aku tidak akan mengatakan perkara yang mungkar dan aku bukanlah ahlinya.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Kifayah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1090]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs