Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما حُدِّثْتُم عني مما تَعرفونه فَخُذوه، وما حُدِّثْتُم عني مما تُنْكِرونه، فلا تأخذوا به، فإني لا أقولُ المنكرَ، ولستُ مِنْ أهلِه.
Teks Bahasa Melayu
Apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ketahuinya maka ambillah ia, dan apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ingkarinya, maka janganlah kamu mengambilnya. Ini kerana aku tidak akan mengatakan perkara yang mungkar dan aku bukanlah ahlinya.
Sahabat Perawi
- Jubair bin Mut'im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240, hadis no. 6323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جبير بن مطعم رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما حدثتم عني مما تعرفونه فخذوه، وما حدثتم عني مما تنكرونه، فلا تأخذوا به، فإني لا أقول المنكر، ولست من أهله. [الخطيب في ((الكفاية))، ((الضعيفة)) (1090)]
(Sangat Lemah) Daripada Jubair bin Mut'im RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ketahuinya maka ambillah ia, dan apa sahaja yang diceritakan kepada kamu tentang aku, daripada apa yang kamu ingkarinya, maka janganlah kamu mengambilnya. Ini kerana aku tidak akan mengatakan perkara yang mungkar dan aku bukanlah ahlinya. [Riwayat al-Khatib dalam al-Kifayah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1090]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman