Aku tidak akan membaca surah Qaf melainkan di belakang Nabi SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أخذت {ق والقرآن المجيد} إلا من وراء النبي صلى الله عليه وسلم كان يصلي بها الصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak akan membaca surah Qaf melainkan di belakang Nabi SAW. Baginda membaca surah tersebut di dalam solat Subuh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis nombor 5848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الصبح) عن أم هشام بنت حارثة بن النعمان رضي الله عنها. قالت: ما أخذتُ {ق والقرآنِ المجيدِ} إلا مِنْ وراءِ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يُصَلِّي بها الصُبحَ. [حم، عم، الضعيفة (5622)]

(Munkar dengan lafaz Subuh) Daripada Ummu Hisyam bin Harithah bin Nu’man RA, beliau telah berkata: Aku tidak akan membaca surah Qaf melainkan di belakang Nabi SAW. Baginda membaca surah tersebut di dalam solat Subuh. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, ‘Abd Allāh bin Aḥmad dalam Zawā’id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5622]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.