Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أخذت {ق والقرآن المجيد} إلا من وراء النبي صلى الله عليه وسلم كان يصلي بها الصبح.
Teks Bahasa Melayu
Aku tidak akan membaca surah Qaf melainkan di belakang Nabi SAW. Baginda membaca surah tersebut di dalam solat Subuh.
Sahabat Perawi
- Ummu Hisyam bin Harithah bin Nu’man RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis no. 5848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر الصبح) عن أم هشام بنت حارثة بن النعمان رضي الله عنها. قالت: ما أخذتُ {ق والقرآنِ المجيدِ} إلا مِنْ وراءِ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يُصَلِّي بها الصُبحَ. [حم، عم، الضعيفة (5622)]
(Munkar dengan lafaz Subuh) Daripada Ummu Hisyam bin Harithah bin Nu’man RA, beliau telah berkata: Aku tidak akan membaca surah Qaf melainkan di belakang Nabi SAW. Baginda membaca surah tersebut di dalam solat Subuh. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, ‘Abd Allāh bin Aḥmad dalam Zawā’id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5622]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman