Aku tidak akan memasuki rumah yang ada di dalamnya ratapan dan rumah yang terdapat di dalamnya seekor anjing hitam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لست أدخل دارا فيها نوح ولا كلب أسود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak akan memasuki rumah yang ada di dalamnya ratapan dan rumah yang terdapat di dalamnya seekor anjing hitam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 210, hadis nombor 1104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطاء، قال: سمعت ابن عمر يقول: سمعت النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول – وعاد أبا سلمة وهو وجع، فسمع قول أم سلمة وهي تبكي، فنكل نبي الله عن الدخول حين سمعها تبكيه بكتاب الله تقول: ((وجاءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد))، فدخل ثم سلم، ثم قال -: ((أخلف الله عليك يا أم سلمة))، فلما خرج ومعه أبو بكر قال له: رأيتك يا رسول الله كرهت الدخول لأنهم ينوحون؟ قال: ((لست أدخل داراً فيها نوح ولا كلب أسود)). [طب، ((الضعيفة)) (4306)]

(Lemah)
Daripada ‘Atha’ beliau berkata: Aku mendengar Ibnu Umar RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW berkata: Baginda pergi menziarahi Abu Salamah semasa dia sakit. Lalu baginda mendengar perkataan Ummu Salamah dan dia sedang menangis. Maka Nabi SAW pun terhenti dari masuk ke dalam rumahnya ketika baginda mendengarnya menangisi Abu Salamah dengan pembacaan kitab Allah yang mana dia membaca: Maksudnya: "Dan telah datang sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu melarikan diri daripadanya". Kemudian baginda pun masuk dan memberi salam. Lalu baginda mengatakan: Semoga Allah menggantikan kepada kamu wahai Ummu Salamah. Sebaik sahaja baginda keluar, dan bersamanya Abu Bakr, Abu Bakr berkata kepada baginda: Aku melihat kamu sebentar tadi wahai Rasulullah, seakan kamu tidak suka untuk masuk, adakah disebabkan mereka meratap? Kemudian baginda berkata: Aku tidak akan memasuki rumah yang ada di dalamnya ratapan dan rumah yang terdapat di dalamnya seekor anjing hitam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4306]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.