Aku tidak akan memaafkan seseorang yang membunuh selepas dia mengambil diat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا ‌أعافي أحدا قتل بعد أخذه الدية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak akan memaafkan seseorang yang membunuh selepas dia mengambil diat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis nombor 4122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ‌((لا ‌أعافي أحدا قتل بعد أخذه الدية)). [الطيالسي، حم، د، ((الضعيفة)) (4767)]

(Lemah) Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku tidak akan memaafkan seseorang yang membunuh selepas dia mengambil diat. [Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abū Daūd dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4767]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.