Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا أُعافِي أحدًا قتَلَ بعدَ أخْذِ الدِّيةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku tidak akan memaafkan seseorang yang membunuh selepas dia mengambil diat.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis no. 4122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا أعافي أحدا قتل بعد أخذه الدية)). [الطيالسي، حم، د، ((الضعيفة)) (4767)]
(Lemah) Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku tidak akan memaafkan seseorang yang membunuh selepas dia mengambil diat. [Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abū Daūd dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4767]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman