Aku teringat kepada Abu Talib, suatu ketika aku sedang bersama Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

ذكرت أبا طالب، لقد رأيتني مع النبي ﷺ وحضرت الصلاة: صلاة العصر، وقد أتينا موضعا يقال له: نخلة -أحسبه قال-: نريد أن نصلي، فقال لنا أبو طالب -ونظر إلينا-: يا ابن أخي ما تصنعون؟ فقلنا: نصلي، فدعاه النبي ﷺ إلى الإسلام، فقال: إن الذي تدعو إليه لحسن، ولكن والله يا ابن أخي لا تعلوني استي أبدا. فضحكت من قوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku teringat kepada Abu Talib, suatu ketika aku sedang bersama Nabi SAW, masuk waktu solat, iaitu Solat ‘Asar. Kami telah datang ke suatu tempat yang disebut nakhlah- (kata perawi): aku sangka beliau (Ali) berkata: Kami mahu menunaikan solat, lalu Abu Talib berkata- sambil memandang kami-: Wahai anak saudaraku, apa yang kamu lakukan? Kami pun menjawab: Kami hendak menunaikan solat. Lalu Nabi SAW mengajaknya untuk memeluk Islam. Maka Abu Talib menjawab: Sesungguhnya engkau mengajakku kepada perkara yang sangat baik, tetapi demi Allah wahai anak saudaraku, punggungku tidak akan menjadi lebih tinggi dari kepalaku (untuk bersujud). Jadi aku ketawa tadi disebabkan ucapannya itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis nombor 2588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن حبة العرني، قال: رأيت علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- يخطب، فضحك ضحكا، فعجبنا من ضحكه، فلما نزل قلنا: يا أمير المؤمنين: لقد ضحكت ضحكا على المنبر، فمم ضحكت؟ قال: ((ذكرت أبا طالب، لقد رأيتني مع النبي ﷺ وحضرت الصلاة: صلاة العصر، وقد أتينا موضعا يقال له: نخلة -أحسبه قال-: نريد أن نصلي، فقال لنا أبو طالب -ونظر إلينا-: يا ابن أخي ما تصنعون؟ فقلنا: نصلي، فدعاه النبي ﷺ إلى الإسلام، فقال: إن الذي تدعو إليه لحسن، ولكن والله يا ابن أخي لا تعلوني استي أبدا. فضحكت من قوله)). [الطيالسي، حم، البزار، ((الضعيفة)) (4139)]

(Sangat Lemah)
Daripada Habbah al-‘Uraniyy katanya: Aku telah melihat Ali bin Abi Talib RA ketika beliau sedang berkhutbah, tiba-tiba beliau ketawa dengan sesungguhnya, maka kami berasa terkejut dengan ketawanya itu, lalu apabila beliau turun dari mimbar, kami berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin, engkau telah ketawa dengan sesungguhnya ketika di atas mimbar tadi. Apakah yang membuatkanmu ketawa sedemikian? Lalu beliau menjawab: Aku teringat kepada Abu Talib, suatu ketika aku sedang bersama Nabi SAW, masuk waktu solat, iaitu Solat ‘Asar. Kami telah datang ke suatu tempat yang disebut Nakhlah- (kata perawi): aku sangka beliau (Ali) berkata: Kami mahu menunaikan solat, lalu Abu Talib berkata- sambil memandang kami-: Wahai anak saudaraku, apa yang kamu lakukan? Kami pun menjawab: Kami hendak menunaikan solat. Lalu Nabi SAW mengajaknya untuk memeluk Islam. Maka Abu Talib menjawab: Sesungguhnya engkau mengajakku kepada perkara yang sangat baik, tetapi demi Allah wahai anak saudaraku, punggungku tidak akan menjadi lebih tinggi dari kepalaku (untuk bersujud). Jadi aku ketawa tadi disebabkan ucapannya itu.
[Riwayat al-Tayalisi, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4139]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs