Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku telah wajibkan kepada umatku

Teks Bahasa Arab

عَزَمْتُ عَلَى أُمَّتِي أَنْ لَا يَتَكَلَّمُوْا فِي الْقَدَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Aku telah wajibkan kepada umatku agar mereka tidak berbicara tentang qadar (qadak dan qadar).

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 54, hadis no. 291. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat perawi yang didakwa melakukan pemalsuan hadith seperti hadith ini. Sepatutnya dia berkata: Aku telah mewajibkan kepada umatku agar mereka tidak berdusta atas namaku.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.